SYARAT KELAYAKAN
Mempunyai kenderaan sendiri.
Bersedia bekerja lebih masa (OT) dan mengikut syif bergilir.
Bersedia dipindahkan ke cawangan lain jika diperlukan.
Bersedia mengendalikan produk minuman beralkohol.
Tidak hamil atau tidak merancang untuk hamil dalam masa terdekat.
Berpenampilan kemas tidak memakai anting-anting, tiada tatu yang kelihatan, tidak bermisai, dan kuku sentiasa pendek).
Telah lengkap menerima 2 dos vaksin COVID-19.
SKOP TUGAS
1. Khidmat Pelanggan
Menyambut dan melayani pelanggan dengan mesra serta profesional.
Memberikan maklumat mengenai produk, promosi dan perkhidmatan.
Mengendalikan pertanyaan, aduan dan maklum balas pelanggan dengan segera.
Memastikan pelanggan menerima pengalaman membeli-belah yang memuaskan.
2. Pengendalian Kaunter & Transaksi Tunai
Mengendalikan mesin juruwang (cashier) dan transaksi pembayaran dengan tepat.
Memproses pembayaran, pemulangan wang (refund) dan pertukaran barangan mengikut prosedur syarikat.
Memastikan baki wang tunai adalah tepat dan melakukan penutupan transaksi pada akhir syif.
3. Pengurusan Stok
Menerima, memeriksa dan menyusun stok yang diterima.
Menyusun produk di rak dan memastikan paparan sentiasa kemas serta teratur.
Memantau tarikh luput produk dan menggantikan stok apabila diperlukan.
Membantu dalam pengiraan inventori dan pemeriksaan stok secara berkala.
4. Kebersihan & Penyelenggaraan
Memastikan kawasan kedai sentiasa bersih, kemas dan teratur.
Melaksanakan kerja-kerja pembersihan seperti menyapu, mengemop dan mengelap habuk.
Memastikan rak, label dan tanda harga sentiasa dikemas kini serta dipamerkan dengan betul.
5. Pematuhan & Keselamatan
Mematuhi semua polisi, prosedur dan garis panduan syarikat.
Melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau isu keselamatan kepada pihak pengurusan.
Mematuhi prosedur keselamatan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat untuk pelanggan dan kakitangan.
6. Kerjasama Berpasukan
Bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik bersama ahli pasukan.
Membantu melatih kakitangan baharu apabila diperlukan.
Bekerjasama untuk mencapai sasaran dan objektif kedai.
7. Penyediaan Makanan
Menyediakan makanan mengikut prosedur operasi standard (SOP) syarikat.
Mematuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan semasa mengendalikan dan menyimpan produk makanan.
MAKLUMAT JAWATAN
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Gaji: RM1,700.00 – RM1,850.00 sebulan
Faedah
Cuti Bersalin
Peluang Kenaikan Pangkat
Latihan Disediakan
Jadual Bekerja
Syif Bergilir (Rotational Shift)
CU provides space and content for the Korean lifestyle. From the start of the day, during the short break, until the day's end, CU is always with customers. New convenience store models provides a fresh experience in daily life. As a result, CU is seen not just a convenience store but as a lifestyle platform for customers.