Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 20 tahun (calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja di bidang perkeranian/operasi mestilah tidak melebihi 35 tahun);
2) Memiliki kelulusan peringkat Diploma/Diploma Lanjutan Pengurusan Pejabat / Pentadbiran, Perundangan atau bidang berkaitan atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan akan menjadi keutamaan; dan/atau
3) Memiliki kelulusan SPM/SPVM/STPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus dalam tiga (3) mata pelajaran lain;
4) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam hal-ehwal pentadbiran pejabat khususnya dalam bidang penyediaan dokumen undang-undang, pengendalian fail, dokumentasi dan mahir dalam pengurusan masa, teliti, serta mampu bekerja di bawah pengawasan minimum dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan.
5) Boleh berkomunikasi atau menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
5) Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet; dan
6) Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.
7) Mahir dalam penggunaan Microsoft Office termasuk Word, Excel dan PowerPoint.
8) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam firma guaman, jabatan perundangan atau institusi kehakiman.
Tugas dan Tanggungjawab:
1) Menaip surat-surat/memo/dokumen termasuk laporan, perjanjian, nota perbincangan dan lain-lain berkaitan perundangan sepertimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian/Cawangan;
2) Membantu Ketua Bahagian/Cawangan mendapatkan fail-fail induk yang berkaitan atau membuka fail-fail rujukan, jika perlu;
3) Menyimpan, menyusun dan mengemaskini dokumen/maklumat ke dalam fail-fail induk atau fail-fail yang berkaitan bagi memudahkan membuat rujukan;
4) Menyediakan dan mengemaskini sistem pemfailan serta laporan berkaitan Cawangan Perundangan dari semasa ke semasa
5) Mengemaskini laporan berkaitan Cawangan Perundangan dari semasa ke semasa.
6) Membantu dalam memproses kerja-kerja berkaitan pindaan Undang-Undang Kecil KPDRM.
7) Mengemaskini buku Undang-Undang Kecil KPDRM dan Buku Aturan KPDRM untuk edaran kepada semua Bahagian;
8) Membantu memproses permohonan sebagai panel peguam KPDRM serta membantu menyediakan / mengemaskini senarai panel peguam KPDRM dari semasa ke semasa;
9) Membantu menyediakan dokumen-dokumen dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan kes-kes pembiayaan tidak berbayar untuk tindakan tribunal;
10) Membantu kakitangan lain di Cawangan Perundangan semasa melaksanakan tugasan harian dalam usaha memastikan kelancaran tugasan dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama;
11) Melaksanakan lain-lain tugasan yang berkaitan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
12) Sentiasa menjaga imej dan nama baik KPDRM.
Koperasi Polis DiRaja Malaysia (KPDRM) Berhad merupakan koperasi unggul yang penubuhannya bertujuan meningkatkan pelbagai kemudahan dan memberi pulangan berpatutan kepada anggota-anggotanya.