Kemahiran :
i) Mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman profesional, dengan keutamaan kepada
pengalaman dalam sektor perladangan, pertanian, agrokomoditi atau industri berkaitan dan mempunyai
sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam jawatan pengurusan kanan atau kepimpinan.
ii) Kepimpinan Strategik dan Prestasi Perniagaan - Membangunkan dan melaksanakan pelan strategik serta pelan perniagaan syarikat dengan menterjemahkan strategi kepada sasaran, KPI dan pelan tindakan yang jelas dan berkesan. Memacu pencapaian sasaran pendapatan, keuntungan, produktiviti dan pertumbuhan syarikat.
iii) Prestasi dan Produktiviti Perladangan - Memastikan keseluruhan operasi ladang diurus secara cekap, produktif dan berdaya maju, serta memperkukuh peningkatan hasil dan produktiviti melalui amalan agronomi dan pengurusan operasi yang berkesan. Memastikan aktiviti penanaman, penyelenggaraan, pembajaan, kawalan rumpai, kawalan perosak dan penyakit, penuaian serta pengangkutan hasil dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan.
iv) Pengurusan Kewangan dan Keuntungan – Bertanggungjawab terhadap pencapaian bajet, aliran
tunai, pendapatan dan keuntungan syarikat, serta memastikan setiap operasi dan projek mempunyai
justifikasi komersial dan memberikan pulangan yang munasabah. Mengenal pasti ketirisan, pembaziran serta
peluang penjimatan dan pengoptimuman kos.
v) Pengoptimuman Aset - Memastikan tanah, aset, peralatan dan sumber syarikat dimanfaatkan secara optimum serta mengemukakan cadangan strategik bagi aset atau aktiviti yang kurang produktif atau tidak memberikan pulangan yang sewajarnya.
vi) Pembangunan Perniagaan dan Pertumbuhan - Mengenalpasti peluang pelaburan, projek baharu, kerjasama strategik, pajakan, usaha sama dan model perniagaan lain berdasarkan daya maju komersial. Membangunkan jaringan strategik dengan agensi kerajaan, pemain industri, pembeli, pembekal, pelabur dan rakan perniagaan.
vii) Pengurusan Projek - Memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut skop, kos, tempoh, kualiti dan hasil yang ditetapkan serta memantau prestasi projek dan mengambil tindakan pembetulan terhadap projek yang lewat, melebihi kos atau tidak mencapai sasaran
viii) Kepimpinan dan Pengurusan Modal Insan - Membudayakan amalan kerja yang menekankan integriti, ownership, disiplin, penyelesaian masalah dan pencapaian hasil, serta menetapkan KPI bagi memastikan akauntabiliti yang jelas pada setiap peringkat organisasi.
ix) Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan - Memastikan operasi syarikat mematuhi undang-undang, polisi, SOP dan keputusan Lembaga Pengarah serta mengenal pasti dan mengurus risiko operasi, kewangan, aset, reputasi dan kesinambungan perniagaan.
x) Pengurusan Pemegang Taruh - Keupayaan membina hubungan profesional dan strategik dengan pemegang saham, Lembaga Pengarah, agensi kerajaan, komuniti, pelanggan, pembekal dan rakan strategik serta memastikan kepentingan syarikat dan pemegang saham sentiasa dilindungi.
xi) Penyediaan Laporan - Membentangkan prestasi, isustrategik dan cadangan tindakan
Pengarah secara berkala.kepada Lembaga
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menerajui dan mengurus keseluruhan operasi syarikat secara strategik, cekap dan berdaya saing bagi meningkatkan produktiviti, menjana pendapatan serta memastikan pertumbuhan dan
pulangan yang mampan kepada syarikat dan pemegang saham.
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 45 tahun dan tidak
lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam bidang(c) bidang Pengurusan Perladangan, Pertanian, Sains
Pertanian, Perniagaan, Kewangan, Ekonomi atau bidang berkaitan atau bidang berkaitan yang diiktiraf
setaraf dengannya.